Sunday, April 27, 2008

WARISAN PUSAKA BANGSA...

Sahabat...hari ini gagahnya anak bangsa kerana kehebatan orang terdahulu yang menghadiahkan satu pusaka cukup bernilai kepada kita. Tiada Kemerdekaan tak mungkin dapat kita kecapi segala kejayaan yang kita genggam bersama. Biarpun kejayaan individu yang dilakar atas usaha sendiri mahupun kejayaan kumpulan-kumpulan tertentu. Tanpa satu kebebasan yang mutlak sudah pasti apa yang ingin dilaksanakan mendapat tentangan yang amat memeritkan.

Percayalah, hari ini sebagai anak bangsa melayu yang hidup di bumi bertuah Malaysia ini kita harus berani untuk terus menjulang warisan pusaka bangsa. Biar ditentang apa jua jangan sesekali kita berpatah, ingatlah jangan kerana kita disergah kita terus melatah. Orang sekeliling ingin melihat dimana letaknya jati diri anak melayu. Apakah kita ingin ditertawakan oleh orang lain yang sememangnya ingin melihat kita melatah bila disergah.

Bangkitlah bangsaku...genggam terus warisan pusaka itu. Katakan pada mereka ianya dijulang bukan untuk mencetuskan bencana tetapi ianya sebagai pembakar semangat kepada anak bangsa kita kerana dulukala itulah yang digunakan oleh nenek moyang kita dalam memperkasakan bangsa tetapi hari ini segala apa yang ada bukan bererti membuatkan kita lupa pada asal usul kehebatan bangsa.

Jika nak tahu sayap jentayu,
Terbang tinggi terjah angkasa,
Jika nak tahu keris melayu,
Dalam sarung lebih berbisa....

Friday, April 25, 2008

Generasi Puteri Penyambung Warisan...

Hari ini semua peringat kepimpinan agak heboh memperkatakan topik pemilihan kepimpinan UMNO di penghujung tahun ini. Begitu jua dengan Pergerakan Puteri yang merupakan satu sayap kepada Parti UMNO. Sayap yang didokongi oleh wanita melayu muda berusia dari 18 - 35 tahun yang sama-sama membawa wadah perjuangan bangsa.

Hari ini seluruh ahli Per.Puteri UMNO seharusnya matang dalam melihat erti perjuangan yang sebenar. Tanggungjawab kepimpinan pada dasarnya dipikul oleh semua ahli bukan kepada pemimpin yang dipilih semata-mata. Pemimpin yang dipilih adalah wakil kepada seluruh ahli-ahli yang mana mereka merupakan srikandi yang berada di medan perjuangan bagi mempertahan dan memperkukuhkan perjuangan Per.Puteri UMNO. Oleh itu kepada yang terpilih dalam menerajui kepimpinan Pergerakan Puteri UMNO kali ini semestinya menghayunkan langkah serikandi yang gagah dengan amanah yang dipikul bukan hanya sekadar cantik untuk ditonton tanpa langkah perjuangan serikandi yang sebenar. Amanah yang diberi adalah satu amanah yang cukup besar bagi mempastikan wanita melayu muda sentiasa memperhebatkan perjuangan bangsa dengan terus menjulang nama Parti keramat UMNO. Nenek moyang kita telah memberi hadiah yang cukup bernilai yang dinamakan KEMERDEKAAN, hadiah atau pusaka itu harus kita jaga sebaiknya untuk kita serahkan pula pada generasi seterusnya.

Janganlah kita berbalah untuk kuasa tetapi pihak lain yang gelak ketawa meraih kejayaan dari perpecahan kita. Renungkanlah pada keputusan Pilihanraya ke 12, mengapa saluran muda kita menghadapi kekalahan yang amat mengecewakan. Inilah tanggungjawab kita semua untuk mempastikan semula kecemerlangan pada PRU ke 13, apatah lagi satu amanah yang amat besar harus digalas oleh kepimpinan atasan Per.Puteri UMNO yang akan dipilih pada pemilihan kali ini. Jadilah anak bangsa yang tahu mengenal budi atas segala apa yang telah dikecapi hasil dari perjuangan UMNO sejak kita lahir hingga dewasa. Ingatlah GENERASI PUTERI PENYAMBUNG WARISAN.....

Monday, April 7, 2008

Keluargaku

Anak-anak Tersayang... Pendorong kekuatan ibu untuk terus berjaya.

Wednesday, April 2, 2008

SALAM PERSAHABATAN


" Buat sahabat ku...Fahamilah erti perjuangan...hayatilah erti sebuah kemerdekaan...hargailah anugerah Tuhan...sayangilah Negara Kita...Malaysia...