Friday, July 18, 2008

SELAMAT BERSIDANG SAHABAT-SAHABATKU...

Kini telah bermula persidangan @ mesyuarat agung umno cawangan-cawangan. Semoga mesyuarat akan terlaksana dengan lancar. Bentuklah kepimpinan sebaiknya demi perjuangan untuk agama, bangsa dan negara. Jangan terlalu ghairah mengejar jawatan sehingga terjadinya perpecahan dikalangan kita yang sememangnya kita semua masih kuat untuk bersama dan bersatu. Buktikan bahawa Puteri UMNO bukannya pemimpin mentah yang mudah diporak perandakan tetapi kita telah matang dengan pelbagai ranjau yang kita lalui selama ini.

Kita semua sayangkan Pergerakan Puteri UMNO, saya percaya kita semua akan sama-sama berganding bahu dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Jawatan yang diberi jadikan satu amanah yang diterima dari seluruh ahli untuk kita yang bergelar pemimpin. Jika kita seorang pemimpin jadilah pemimpin yang baik kepada pengikutnya tetapi jika kita seorang pengikut jadilah pengikut yang baik kepada pemimpinnya. Tiada manusia yang dapat lari dari kesilapan, jangan kita melatah bila ditegur atas kesilapan kita sesungguhnya teguran dan ingatan dari kawan-kawan dalam mempastikan kita berjaya sebagai pemimpin terbaik adalah tunggak utama. Apabila kita gagal bukan bererti kita gagal selamanya.... GAGAL DALAM MENCUBA ADALAH LEBIH BAIK DARI MENCUBA UNTUK GAGAL.

Salam untuk semua......GENERASI PUTERI PENYAMBUNG WARISAN