Percayalah, hari ini sebagai anak bangsa melayu yang hidup di bumi bertuah Malaysia ini kita harus berani untuk terus menjulang warisan pusaka bangsa. Biar ditentang apa jua jangan sesekali kita berpatah, ingatlah jangan kerana kita disergah kita terus melatah. Orang sekeliling ingin melihat dimana letaknya jati diri anak melayu. Apakah kita ingin ditertawakan oleh orang lain yang sememangnya ingin melihat kita melatah bila disergah.
Bangkitlah bangsaku...genggam terus warisan pusaka itu. Katakan pada mereka ianya dijulang bukan untuk mencetuskan bencana tetapi ianya sebagai pembakar semangat kepada anak bangsa kita kerana dulukala itulah yang digunakan oleh nenek moyang kita dalam memperkasakan bangsa tetapi hari ini segala apa yang ada bukan bererti membuatkan kita lupa pada asal usul kehebatan bangsa.
Jika nak tahu sayap jentayu,
Terbang tinggi terjah angkasa,
Jika nak tahu keris melayu,
Dalam sarung lebih berbisa....