Friday, June 27, 2008

MELAKAR SEJARAH MEMBURU IMPIAN

Pengiktirafan yang diterima menyemarakkan lagi semangat untuk meneruskan perjuangan bagi membuktikan generasi muda hari ini menghargai segala pengorbanan generasi terdahulu dengan sama-sama menabur bakti bersama pemimpin yang ada.....ANUGERAH TOKOH BELIA WANITA NEGERI SEMBILAN 2007 (14 Jun 2008).

Wednesday, June 25, 2008

TIADA MUSUH YANG ABADI, TIADA KAWAN YANG SEJATI

Kehadiran Mesyuarat Agung UMNO Cawangan semakin hampir pada tarikhnya yang akan bermula pada 17hb Julai, ini bermakna bahang pertandingan pemilihan jawatan-jawatan semakin kuat di rasakan. Namun bagi Pergerakan Puteri UMNO, kita sewajarnya memikirkan satu kepimpinan yang terbaik demi untuk masa depan Pergerakan Puteri UMNO yang akan lebih berdepan dengan senario politik yang lebih hebat.Dari cawangan kita ke bahagian dari bahagian kita pusat, inilah yang harus kita pastikan bahawa keseluruhan pemimpin yang lahir untuk menerajui Pergerakan Puteri UMNO benar-benar ingin menggalas amanah yang diberikan.

Dari kepimpinan YB. Datuk Seri Azalina Dato' Othman Said dengan gahnya kemunculan ahli-ahli Puteri dengan pelbagai aktiviti apatah lagi di Pilihanraya-pilihanraya kecil dengan kemenangan yang amat membanggakan. Diteruskan dengan kepimpinan YB. Datuk Noraini Ahmad yang juga membawa Puteri terus melakar sejarah dengan kelahiran pelbagai program pendidikan dan kerjaya yang membuktikan Puteri UMNO juga mampu untuk memberi sesuatu kepada perjuangan hari ini. Kini sekali lagi di pemilihan kali ini Puteri UMNO akan melihat siapakah peneraju seterusnya yang akan mempelopori kepimpinan Puteri UMNO Malaysia. Setiap individu mempunyai cara kepimpinan yang tersendiri. Selaku ahli Pergerakan Puteri UMNO, kita seharusnya menggunakan kepercayaan yang diberikan oleh pucuk pimpinan kepada pemimpin kita sebagai satu semangat untuk kita terus berjaya. Dilihat bagaimana selepas PRU ke 11 mantan Ketua Puteri UMNO Malaysia YB.Datuk Seri Azalina diberi kepercayaan sebagai wanita pertama menjadi Menteri Belia dan Sukan Malaysia dan seterusnya selepas kejayaan yang beliau kecapi sekali lagi di PRU ke 12 bagi Parlimen Penggerang tanpa bertanding beliau dilantik sebagai Menteri Pelancongan Malaysia. Pengiktirafan di beri lagi kepada Pergerakan Puteri UMNO dengan kejayaan yang dikecapi oleh YB. Datuk Noraini Ahmad dalam PRU ke 12 bagi Parlimen Parit Sulong, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia. Ini bermakna bukan satu amanah yang boleh dipandang mudah oleh kita sebagai ahlinya. Oleh yang demikian kualiti yang harus kita lahirkan dari pemimpin yang berada di bawah Pergerakan Puteri UMNO seharusnya mempunyai semangat perjuangan, etika kerja yang cukup baik demi untuk perjuangan bersama.Lihatlah pada hari ini 6 orang YB lahirnya dari Pergerakan Puteri UMNO (YB.Datuk Noraini Ahmad, YB.Cik Rosnah Rashid Shirlin, YB.Datuk Shahaniza Shamsudin, YB.Puan Suraya Yaacob, YB.Cik Norlee Ashilin Dato' Mohd Razi, YB.Dr. Norashikin)

Sesungguhnya demokrasi tidak menghalang mana-mana individu untuk menawarkan diri untuk menerajui kepimpinan hari ini. Kita seharusnya menguatkan kepimpinan Puteri UMNO hari ini agar pihak pembangkang melihat bagaimana Puteri UMNO tidak mudah untuk dilentur perjuangannya yang sebenar. Perpecahan tidak seharusnya berlaku biar berapa ramai pun menawarkan diri, sebaliknya pemilihan yang terbaik demi untuk kejayaan kepimpinan Puteri UMNO lebih utama dari menjaga hati mana-mana pihak. Hari ini orang akan mentertawakan kita bila kita salah memilih pemimpin tetapi satu hari nanti kita sendiri akan menyesal di atas kesilapan kita. Sahabat-sahabat, bila telah bergelar pemimpin bukan sahaja pengorbanan masa dan wang ringgit tetapi pengorbanan yang dipohon dari keluarga yang terpaksa membataskan masa bersama juga amat penting. Kita jua terpaksa melihat kepentingan keluarga Puteri UMNO selain keluarga kita yang sedia ada. Pemimpin wajib menggalas segala amanah kerana kita dipilih oleh ahli demi untuk Pergerakan Puteri UMNO bukannya untuk peribadi.

Saya meyakini ahli-ahli Pergerakan Puteri UMNO semakin bijak membuat keputusan, marilah kita sama-sama buktikan bahawa Pergerakan Puteri UMNO akan terus melahirkan pemimpin-pemimpin yang berkelibar dalam melaksanakan segala tanggungjawab yang diberi disamping kita seiring dengan kepimpinan kerajaan hari ini.

Kata-kata Pak Habib ini bolehlah kita renung bersama:-"MENGKRITIK TIDAK BERERTI MENENTANG, MEMUJI TIDAK BERERTI MENYOKONG, MENEGUR TIDAK BERMAKNA MEMBENCI DAN BERBEZA PENDAPAT ADALAH KAWAN BERFIKIR YANG BAIK" (Pak Habib)...

Semoga kita ketemu lagi....GENERASI PUTERI PENYAMBUNG WARISAN