Monday, April 27, 2009

Jom bekerja

Salam..

Pada 24 April 2009 yang lalu, Presiden UMNO telah pun mengumumkan lantikan barisan Ahli MT UMNO bagi penggal 2008 / 2011. Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah pun dilantik . Segala tanggung jawab dan amanah yang telah diberikan moga dapat dipikul dengan sebaiknya bagi memastikan agar perjuangan suci untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara kekal semenjak dahulu, kini dan selamanya.

Bagi saya selaku Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, menaruh sepenuh harapan dengan barisan kepimpinan baru, dan berjanji akan bersama-sama berganding bahu untuk menawan hati golongan muda supaya kembali menyokong Barisan Nasional. Segala tekad dan azam telah pun dibuat, tibalah masanya kita bekerja demi survival perjuangan yang belum selesai ini. Sesungguhnya ini bukan sekadar satu kepercayaan tetapi ianya amanah yang telah diberikan kepada kita selaku Pemimpin...

Salam Srikandi...

Sunday, April 5, 2009

SALAM BUKIT GANTANG......

Salam,
Hai kawan-kawan, setelah kita berkampung di PWTC pada 24-28 Mac 2009 kini kita meneruskan lagi tugas bagi menghadapi PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Walaupun ianya merupakan tugasan yang telah biasa kita laksanakan tetapi bagi saya yang telah diberi kepercayaan dan sokongan dalam menerajui barisan kepimpinan ahli jawatankuasa Puteri UMNO Malaysia merasakan bahawa ianya satu permulaan yang dilihat dalam saya melaksanakan amanah diperingkat Pusat, kini saya sedang melaksanakan tugas bersama adik-adik puteri di Bukit Gantang.
3 April 2009 merupakan satu tarikh yang bersejarah pada tanah air kita dimana Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 telah dinobatkan kepada pemimpin yang kita kasihi YAB Dato' Sri Mohd Najib b. Tun Abdul Razak. Satu peralihan kuasa yang sangat cantik yang ditunjukkan oleh pemimpin kita. Kini sudah pasti satu gaya kerja yang lebih efisien harus ditonjolkan oleh kita semua apatah lagi pemimpin wanita melayu muda yang berada di bawah kepimpinan YAB PM yang baru. Kita tidak pernah melupakan jasa pemimpin-pemimpin yang terdahulu apatah lagi kepada mantan PM Pak Lah yang kita kasihi. Terima kasih ayahanda-ayahanda yang telah mencurahkan segala keringat dan tunjuk ajar kepada kami, anak-anak bangsa pemimpin wanita melayu muda.
Untuk semua ahli-ahli puteri sama ada diperingkat Cawangan, Bahagian mahupun Pusat kita harus mengembeleng tenaga bersatu padu bagi memastikan segala agenda perjuangan yang ingin kita laksanakan benar-benar kita kecapi kegemilangannya. Pandangan dan teguran dari generasi muda khususnya ahli-ahli puteri amat penting bagi memastikan Pergerakan Puteri UMNO menjadi gelanggang perjuangan wanita melayu muda yang berwawasan.
Salam perjuangan untuk semua...sama-sama kita doakan Barisan Nasional berjaya menawan ketiga-tiga kawasan PRK pada 7 April ini.
Puteri tak gentar cabaran mendatang....ayuh puteri kita GEGAR manusia petualang....

Wednesday, April 1, 2009

Terima Kasih

Salam perjuangan...

Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO 2008-2011

Terima kasih atas segala sokongan. Terima kasih atas segala kepercayaan. Penghargaan ini hadir dari hati saya yang paling dalam.

Mana mungkin kejayaan ini hadir tanpa sokongan dan dokongan dari semua. Tak tersebut setiap nama, namun setiap yang hadir dalam usaha ini adalah anugerah dari tuhan buat saya. Saya sangat bersyukur...

Telah tiba masanya saya kembali menyahut setaip kepercayaan itu dengan usaha keras dan tanpa jemu. Andai kata dalam usaha itu saya buat kesilapan, mohon perbetulkan saya. Saya sedia menerima setiap kritikan demi memastikan perjuangan ini mendatangkan kebaikan untuk kita semua.

Akhir kata, sekali lagi terima kasih.