Monday, January 5, 2009

BN Tetap Di Kuala Terengganu...

Di dalam kesibukan antara kita berkempen bagi menentukan barisan kepimpinan tertinggi UMNO Malaysia, kita terpaksa meneruskan jua tugas dan tanggungjawab bagi mempastikan kejayaan PRK Kuala Terengganu pada 17.1.2008 ini. PRK ini merupakan yang kedua selepas PRU yang kita lalui pada bulan Mac yang lepas. PRK yang pertama kita lalui di Permatang Pauh di mana BN telah tumpas kepada PKR.

Yb.Senator Dato' Wan Farid Wan Salleh telah diumumkan sebagai calon BN , beliau akan ditentang oleh YB Abdul Wahid Endut dari PAS yang merupakan Wakil Rakyat Kaw. Wakaf Mempelam. Calon BN selain merupakan anggota Dewan Negara beliau juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu.

Saya percaya telah ramai ahli Puteri UMNO yang telah berkampung di Kuala Terengganu untuk sama-sama membantu sahabat-sahabat kita. Atas rasa kasih sayang dan cintanya kepada Perjuangan Bangsa menjadikan kita semua anak bangsa yang mempunyai semangat bagi mempastikan kejayaan BN tetap di Kuala Terengganu. Sama-sama kita doakan agar kejayaan PRK Kuala Terengganu menjadi hak milik kekal kepada BN.

Selamat Mengundi kepada seluruh warga Kuala Terengganu....Ingat BN selamanya...

Salam Perjuangan.....

GENERASI PUTERI PENYAMBUNG WARISAN..