Wednesday, November 5, 2008

SETIAP MASA AKAN SAMPAI JUGA

Setiap masa akan sampai juga. Ketika itu kitalah yang membuat pilihan apabila masa itu sudah sampai. Bukan mudah untuk kita untuk mencapai hasrat. Tambahan pula dari pelbagai tujuan dan impian. Janganlah kita mempunyai tujuan dan impian yang buruk. (akan kita bincangkan di perenggan yang seterusnya)

Apabila kita berkelakuan baik, kita berhasrat untuk menjadi orang yang baik juga dan tujuan kita sentiasa dipenuhi dengan perkara yang baik-baik sahaja. Apabila kita hendak mencapai impian; misalnya hendak mengapai bintang dilangit sudah pastinya pelbagai cara dan etika kita akan lakukan. Pelbagai keadaan pula akan kita hadapi. Perkara asas yang perlu kita fikiri dan kita perlu amati ialah apabila kita melalui proses mencapai tujuan dan impian itu.

Tidak mahu terlalu menjela panjang; kita terus sahaja kepada tajuk di atas. Masa sangat penting di dalam harian kehidupan kita. Melalui masa kita dapat membezakan hari siang dan hari malam. Melalui masa kita dapat membahagikan masa untuk bekerja, beriadah, berhibur, berbincang, lantas untuk tidur juga melalui masa yang 24 jam itu. Adakah kita merancang perjalanan masa kita dengan segala aktiviti yang berfaedah? Segelintirnya berjaya, segelintirnya lagi separa berjaya, segelintirnya lagi kurang berjaya, segelintirnya lagi boleh dikatakan tidak berjaya. Kesimpulannya, apa sahaja bentuk ruang dan tujuan; setiap yang berlaku ada hikmahnya dan kita perlu rasa bersyukur. Jangan menidakkan segala yang berlaku.

Begitu juga dengan rentetan Sejarah Kepimpinan di Malaysia ini. Kita melalui proses tujuan dan impian yang sangat bermakna juga. Apabila menyentuh tentang penjajahan; ketika bernama Tanah Melayu dulu kita telah dijajah lebih dari 450 tahun lamanya. Apabila kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 lalu, masih ada sedikit sebanyak perjuangan yang perlu kita lakukan dan laksanakan. Ramai dikalangan kita sangat mengenali YAM Tungku Abd Rahman sebagai Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri yang pertama. Ramai yang ingat tentunya Onn Jaafar, Pengasas PERKEMBER pada 11 May 1946. Nama-nama lain seperti YABhg Tun Abdul Razak, YABhg Tun Hussein Onn dan sebagainya. Malah siapa tidak mengenali YABhg Tun Dr Mahathir yang banyak berjasa. Tetapi mungkin ramai yang terpinga-pinga sekiranya nama Shamsiah Fakeh (Ketua Angkatan Wanita Sedar {AWAS}) disebut-sebut. Mungkin mereka yang bernama Ahmad Boestamam (Ketua Angkatan Pemuda Insaf {API}). Atau siapa yang mengenali Chin Peng? (Ketua Parti Komunis Malaya {PKM}). Ketiga-tiga tokoh ini mengetuai Pertubuhan Haluan Kiri.

Tidak kiralah siapa pun nama yang disebut di atas. Kesemuanya telah pun menjalankan tanggungjawabnya di dalam perjuangan. Selagi ada pengikut; selagi itulah mereka berjuang. Dan setiap kali itu lah perjuangan mereka merelakan pengorbanan. Mudahkah di dalam perjuangan itu kita merelakan pengorbanan? Tujuan pengorbanan kita sama iaitu untuk merealisasikan kebebasan negara dari ditakluk kuasa asing. Tepuk dada tanya selera.

Begitu halnya maksud tersirat pada artikel yang tertulis ini di mana tujuan dan impiannya mahu melihat pembaca blogger memahami apa intipati yang tersirat. Semua orang mempunyai buah fikiran dan tanggapan masing-masing terhadap apa yang setiap dari kita rasakan. TINTAjambu cuma berkongsi pemahaman. Intipati kesungguhan di dalam perjuangan, pembaca blogger yang tentukan. Tepuk dada tanya selera.

Tujuan dan impian pada dasarnya melalui pengaturcaraan yang baik dan terancang. Namun kita perlu fikirkan satu keadaan yang tidak pernah atau mungkin tidak terlintas difikiran kita iaitu bagaimana hendak mencapai tujuan dan melaksanakan impian? Mengimbas pada perenggan satu tadi di mana; Janganlah kita mempunyai tujuan dan impian yang buruk. Kenyataannya sangat mudah. Namun apakah di sebalik maksud tersiratnya? Bermacam andaian akan dikeluarkan. Tetapi objektif mulianya cuma satu. Kita faham tetapi kita tidak tahu. Kita tahu tetapi kita tidak faham. Maka, tak sampailah kepada maksud awal yang hendak digambarkan. Walau pun melalui gambaran perasaan. Seperti perasaan orang bercinta. Mempunyai tujuan dan impian yang baik. Namun akhirnya penceraian berlaku juga. Sudah tentu berlakunya satu tujuan yang tidak baik seperti si suami sudah ada teman wanita baru, atau pun si isteri sibuk dengan karier mencabar yang memerlukan komitmen yang jitu. Maka impian terlebur sudah. Masakan tidak, si suami mahu berpoligami malahan si isteri pula mempunyai komitmen kerja yang bertimbun. Maka terlupalah sebentar apakah tujuan perkahwinannya dan impian membina istana mahligai yang indah satu ketika dahulu.

Begitu juga tujuan artikel ‘ Setiap Masa Akan Sampai Juga’ ini di tuliskan.

Setiap Masa Akan Sampai Juga sangat penting. Sama ada kita bercita-cita untuk mengekalkan apa yang ada, membuat perubahan, atau apa sahaja yang sedang kita fikirkan; semuanya bergantung kepada hasil usaha kita. Bermula dengan diri kita; kemudian pengaruh yang ada dalam diri kita atau kita dipengaruhi orang; satu kumpulan kecil akan wujud. Kemudian akan tersebar di kelompok-kelompok yang lain. Separuhnya secara tidak sengaja dipengaruhi dan sebahagian lain langsung tidak terpengaruh. Yang terpengaruh akan menjadi kelompok kumpulan. Yang tidak berpengaruh pula sama ada akan duduk diam atau pun membina kumpulan yang lain. Bagi tujuan dan impian yang sedang difikirkan. Halnya tidak lain. Mempunyai tujuan dan impian yang berbeza dengan kumpulan lain.

Maka wujudlah kumpulan pro dan kontra. Berbeza idealisme tetapi mempunyai tujuan dan impian yang sama untuk dicapai.

Seperti Pertubuhan UMNO yang bergerak mengikut nas-nas perlembagaan. Malah mempunyai keahlian seramai 3.5 juta ahli berdaftar setakat hari ini. Sudah pastinya sentiasa mengalami tranformasi-transformasi mega. Kejayaan telah pun dicapai dipelbagai peringkat ulung. Daripada Pengasas UMNO yang pertama, sehinggalah kepada Perdana Menteri yang pertama sehingga kini; UMNO merupakan tunjang.

Sama ada tanggungjawab kita membentuk Pertubuhan ini lebih hebat lagi atau pun kita tidak perasan yang kita juga mampu meruntuhkan empayar Pertubuhan ini, cuma kita sahaja yang tahu.

Oleh yang demikian, Setiap Masa Akan Sampai Juga.

Sekian.

Fikiran: TINTAjambu