Monday, October 20, 2008

TINTA PERJUANGAN

Assalamualaikum…

Tulisan perjuangan menyinggah lagi.. kali ini ku yakin dan pasti untuk membantu mereka yang pasti dengan perkataan satu perjuangan.

Perjuangan apakah yang kita maksudkan apabila kita rasa kita sedang berjuang?

Mudahkah mengatakan saya sedang berjuang? Ini bukan jawapan perjuangan. Namun, segala-galanya perlu berjuang. Untuk hidup maknanya perjuangan. Untuk makan maknanya perjuangan. Untuk bekerja maknanya perjuangan. Berkata-kata itu satu perjuangan. Apa sahaja perbuatan dan tindakan itu; itu satu perjuangan.

Namun sampai masa apabila kita sudah bermati-matian berjuang, ada masanya kita akan leka dan lalai juga. Kita terlupa kita pernah berjuang. Apabila kita terlupa kita pernah berjuang; adalah sesuatu dan halnya yang tidak kena di hati dan sanubari setiap manusia akan berlaku. Setiap dari kita akan berantakan. KITA SEBENARNYA SEDANG BERANTAKAN. Mungkin ramai yang bakal menimbulkan kemusykilan. Namun, tepuk dada tanya selera.

Di sebalik berantakan, kita masih banyak masa untuk membetulkan keadaan. Ini kerana kita BANGSA YANG MUDAH LUPA, akhirnya bila keadaan menjadi kronik; saya gembira kerana kita akan ingat semula. Kita akan bersatu semula. Kita akan menjaga entity bangsa kita semula. Ini kerana kita pernah berjuang satu masa dahulu. Walau pun masa dahulunya ialah setahun, dua tahun yang lalu. Malah jika perjuangan kamu baru bermula minggu lepas; itu satu perjuangan juga.

Penindasan itu satu perjuangan. Peperangan itu satu perjuangan. Duduk diam juga satu perjuangan. Pergaduhan itu juga satu perjuangan.

Apabila kita rasa kita sudah Berjaya dan berasa aman.. maknanya kita sudah Berjaya setelah berjuang. Bila kita sudah berasa kita gembira.. inilah hasil titik peluh perjuangan aku.. adakah benar?

Apakah makna perjuangan? Waimma kalian membelek helaian-helaian kamus dewan bahasa dan pustaka sekali pun untuk menyerapi erti makna perjuangan, belum tentu kamu memahami erti perjuangan. Perjuangan itu satu perkara yang sangat kompleks dan universal. Kamu pasti menyatakan aku gila kerena aku meringkaskan erti perjuangan mengikut definasi akal logic ku.
Tetapi kamu semua para pembaca perlu ingat bahawa setiap satu benda hidup ada agenda untuk berjuang kepada sesuatu kehendak. Kita semua akan sentiasa hidup dan berjuang. Maka berjuanglah dengan definasi yag kamu fahami sendiri.

PERJUANGAN, MEMILIH PEMIMPIN ITU MERUPAKAN HAK KAMU.

Berbincang untuk memilih kepimpinan yang baik itu adalah faktor nasihat. Kamu mendengar nasihat pihak tertentu untuk memilih kepimpinan yang terbaik. Tetapi apabila kamu mendengar nasihat memilih kepimpinan ‘si polan adalah terbaik’, ‘si gantang itu hidupnya melarat, tak menentu. Macam itukah kita hendak memilih pemimpin?’ ‘Si pitung tu jangan dihampiri. Dia ada skandal dengan Madonna.’ ‘Dahlah.. si Lampung tu tak pandai bekerja.’
Kesudahannya, kepimpinan melalui tauladan tidak berlaku lagi. Apa sudahnya akan terjadi?
Apabila kita memahami bentuk perjuangan kita, percayalah.. kita sedang hampir Berjaya dengan berjuang.

Kita percaya kita seorang pejuang. Benarkah?

Rahsia seorang pejuang bukan bermakna kita menjadi seorang pengikut kepada pemimpin yang berkaliber.

Rahsia seorang pejuang ialah apabila kita telah membuat keputusan dari apa yang kita rasa, fikirkan dan kita amati.

Perjuangan satu keputusan hidup yang diambil selepas berfikir dengan melihat, merasa dan mendengar.

Memilih untuk menafikan dan membenarkan satu kepimpinan melalui tauladan adalah hak kita.
Inilah hak kita untuk menentukan Pergerakan Puteri UMNO dipilih atas dasar pemikiran, kehendak,dan penghayatan dari hati. Tidak didedah oleh anasir yang berfikir lain, bercakap lain dan bertindak lain.

Tibalah masanya dan sampai bila-bila pun akan sampai masanya bahawa.. halatuju Pergerakan Puteri UMNO adalah dari hujung benak fikiran kita. Nasihat para pemimpin sangat berguna. Lantas, keputusan akhirnya, buatlah keputusan yang benar-benar releven untuk masa depan entiti yang sedang membariskan saf-saf kemasyuran empayar sri kandi nusa dan bangsa.
Maka pandai menggunakan akal fikiran kita, maka ke arah kecemerlangan lah halatuju perjuangan kita.

Tepuk dada Tanya selera!!

Selamat Bersidang!!!

Fikiran:TINTAjambu

Thursday, October 9, 2008

PERSIDANGAN PUTERI KINI BERMULA...

Hari ini bermulanya Persidangan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian-Bahagian, di buka tirai permulaan jam 9.30 oleh Bahagian Sandakan. Di ikuti Bahagian Kimanis, Pensiangan, Machang, Padang Terap dan Padang Rengas. Tahniah sahabat-sahabatku di atas kejayaan Persidangan tersebut.

Bermulanya Persidangan di sini lah pencalonan-pencalonan akan didengari dari jawatan KPUM, Naib KPUM dan Exco Puteri. Sahabat-sahabat Puteri semuanya telah matang dalam membuat pemilihan demi untuk kecemerlangan Perjuangan Puteri UMNO. Mari kita buktikan bahawa Pergerakan Puteri adalah gedung perjuangan wanita melayu muda yang melahirkan pemimpin yang berkelibar lagi berkualiti. 

Dari Negeri Tanah Adat Perpatih dengan ini saya memohon sahabat-sahabat yang mengunjungi blog saya ini dapat kiranya MENCALONKAN SAYA WAN SALWATI HJ.ABDULLAH SEBAGAI EXCO PUTERI UMNO MALAYSIA bagi Penggal 2008 ini. Saya telah berada di dalam perjuangan Puteri seawal ditubuhkan sewaktu kepimpinan Mantan KPUM yang pertama Datuk Seri Azalina Othman Said. Saya pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Penerangan Puteri UMNO N.Sembilan dan Naib Ketua Puteri Penaja, Puteri UMNO N.Sembilan. Kini saya terus mengekalkan jawatan tanpa bertanding sebagai Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban. Terima kasih seluruh ahli Puteri UMNO Bhg.Seremban di atas kepercayaan yang terus diberikan kepada saya.

Terima kasih untuk sahabat-sahabat yang telah memberi pencalonan kepada saya hari ini. Sokongan dan kerjasama dari seluruh sahabat amat saya hargai. Kepercayaan dan tanggungjawab yang sahabat-sahabat berikan kepada saya akan saya tunaikan sebaiknya, teguran di atas salah silap seandainya saya dipilih nanti amat saya harapkan demi untuk kekuatan Pergerakan Puteri UMNO. Puteri UMNO bukan milik peribadi tetapi milik kita semua...

Salam Persidangan....