Tuesday, March 17, 2009

Lembaga Disiplin UMNO telah bersuara...

Lembaga Disiplin UMNO telah bersuara!

Terimalah keputusannya. Ini masa untuk berjuang untuk rakyat dan dalam masa yang sama berjuang untuk membetulkan 'kesilapan' dan 'silap langkah' kita selama ini.

Tidak perlu kita nafikan. Kita sebagai tunjang kepada perjuangan parti dan kita harus menginsafi semua lompong yang terbina selama ini harus ditutup semula. Ini sahaja tindakan yang wajar untuk memastikan perjuangan ini masih nampak relevan pada rakyat.

Rakyat melihat dan dalam masa yang sama menilai. Kita tidak boleh kalah jika kita fikirkan perjuangan ini untuk bangsa. Jika kita tewas sekali lagi, bangsa kita akan diinjak dan dipijak. Adakah itu yang kita mahu?

Keputusan Lembaga Disiplin UMNO adalah jelas. Tiada tempat untuk mereka yang berjuang dengan cara yang salah.

Ramai yang tersenyum suka tak kurang yang senyum sinis. Senyumlah. UMNO sedang menyusun langkahnya - dengan lebih jujur!

Biarlah bersusah pada masa ini. Asal anak cucu kita tidak menyumpah pada tika badan kita sudah lumat bersatu dengan tanah. "Ini salah nenek moyang kita. Jika mereka berjuang dan berkorban sepenuh hati, bangsa kita tidak akan dihina sepanjang sejarah!"

Lupakan apa yang berlaku dan siapa yang terkorban. Kesilapan harus dinsafi. Pandang ke depan. Banyak lagi tugas yang sedia menanti!

Saturday, March 7, 2009

KEPIMPINAN SATU AMANAH...

Pemilihan kepimpinan semakin hampir, kematangan puteri semakin menyerlah, gerak langkah kita semakin hari semakin pantas untuk sama-sama memastikan kesinambungan wadah perjuangan ini tetap mekar disanubari kita.

Sahabat-sahabat seperjuangan sekalian, hari ini kita sedang ditonton oleh mereka yang ingin melihat kebijaksanaan dalam memilih barisan kepimpinan yang akan menerajui Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, tanggung jawab telah pun dilaksanakan diperingkat Cawangan dan Bahagian, sahabat-sahabat yang telah dipilih diperingkat bahagian sebagai perwakilan ke Perhimpunan Agong Puteri UMNO Malaysia telah digalaskan dengan satu tanggungjawab dan amanah selain membawa suara dan yang lebih utama kali ini memilih pemimpin yang benar-benar akan membawa Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dilandasan perjuangan yang sebenar.

Janganlah kita leka dan alpa serta menganggap enteng pemilihan kali ini hanya sebagai satu percubaan kerana kesilapan kita memilih pemimpin yang benar-benar memahami dan menghayati akan memberi impak yang buruk terhadap Pergerakan Puteri UMNO. Kita mempunyai tanggung jawab yang lebih besar yang sedang menanti kita dihadapan, apakah kita masih ingin dikatakan sebagai penghias atau penyeri sesebuah majlis?


INGAT SAHABATKU... GELANGGANG KEPIMPINAN WANITA MELAYU MUDA INI BUKAN PENGHIAS TETAPI KITA SEMUA ADALAH PEJUANG YANG TELAH DIPILIH BAGI MEMASTIKAN PERJUANGAN AGAMA DAN BANGSA INI TERUS KEKAL DAN TIDAK DIPANDANG LEKEH OLEH MEREKA YANG INGIN MENJATUHKAN BANGSA KITA. SAHABAT-SAHABAT MARILAH KITA BERSATU HATI BUKAN UNTUK PERIBADI SESIAPA, TETAPI DEMI CINTA KASIH DAN SAYANGNYA KITA KEPADA PERJUANGAN PARTI.


Salam Perjuangan...GENERASI PUTERI PENYAMBUNG WARISAN.