Monday, October 19, 2009

Kempen secara kreatif di Bagan Pinang

Salam Sri Kandi dan Salam 1 Malaysia buat semua......

Bagi membuka bicara, rasa syukur wajib dirafakkan ke hadrat Allah SWT dan ucapan terima kasih serta penghargaan yang tak terhingga kepada warga puteri yang telah bersama-sama bekerja tanpa mengenal penat lelah yang telah menyumbang sama ada langsung atau tak langsung kepada kemenangan BN di DUN Bagan Pinang.

Sesungguhnya kemenangan besar BN di PRK DUN Bagan Pinang bagaikan suatu rahmat kepada kita semua. Di Bagan Pinang lah BN berjaya menghentikan apa yang didakwa oleh pembangkang sebagai gelombang kebangkitan PR yang menurut mereka tidak dapat ditahan oleh BN. Sebelum ini mereka berlagak juara apabila menang di semua PRK sebelum ini.Di Bagan Pinang sangkaan mereka jauh meleset.Malah PAS dan PR kalah teruk di Bagan Pinang dengan majoriti undi yang lebih besar jika dibandingkan dengan keputusan PRU 2004 dan PRU 2008.

Kejayaan ini adalah milik semua. Ini adalah hasil atas 1 matlamat , 1 tekad dan 1 usaha dari semua pihak. Berbagai cara dan usaha kempen dijalankan . Puteri di Bagan Pinang tampil dengan idea kempen yang kreatif iaitu berkempen dengan berbasikal dengan menggerakkan Skuad Berbasikal Puteri BN bertemu pengundi di samping mengedarkan risalah tentang calon kepada pengundi. (seperti keratan akhbar Sinar di sini)




Ini adalah salah satu cara pendekatan yang baru untuk kempen. Secara umum kaedah ini diterima baik oleh pengundi di Bagan Pinang. Selaku pemimpin muda kita harus dan perlu berani untuk tampil dengan kaedah-kaedah baru agar kempen pilihanraya BN dilihat lebih dinamik dan tidak lesu atau stereotype.

Akhir kalam, buat warga pengundi di Bagan Pinang,anda semua telah membuat keputusan yang bijak!