Friday, December 5, 2008

SALAM PENGORBANAN SALAM AIDILADHA....

Aidiladha adalah perayaan yang lebih besar ertinya kerana saat dan tika ini Umat Islam melaksanakan rukun Islam yang ke5 menunaikan Haji di Baitullah. Umat Islam yang hadir ke Tanah Suci Mekah saat ini selain dari panggilan lambaian Kaabah telah menggamitnya, mereka juga adalah yang berkemampuan (wajib) melaksanakan perkara tersebut. Setiap tahun pasti bertambah jumlahnya tetamu-tetamu Allah yang hadir mengunjungi Tanah Suci tersebut.

Saya pada tahun ini bersama keluarga pulang ke utara tanahair bertemu ayahnda bagi menyambut kehadiran Aidiladha. Biarpun kesibukan dalam melaksanakan tugas-tugas jabatan apatah lagi pergi bertemu rakan-rakan perwakilan sebelum menjelangnya Persidangan Agung UMNO pada bulan Mac akan datang, tanggungjawab pada keluarga sememangnya tidak dapat diketepikan. Suami dan anak-anak yang merupakan kekuatan dan semangat pada tugas yang saya laksanakan harus menjadi keutamaan apatah lagi di hari perayaan seperti ini yang mana saya harus berada di sisi mereka.

Untuk seluruh sahabat-sahabat yang mengunjungi blog saya, semoga kita dipanjangkan umur diberi kesempatan untuk bertemu nanti. Salam Aidiladha untuk semua, semoga dengan kehadiran hari yang selalu juga kita sebut Raya Korban ini menginsafkan kita kepada seluruh pengorbanan yang pernah kita hayati dari cerita-cerita sejarah Islam dan jua pengorbanan pemimpin-pemimpin negara kita berbanding dengan diri kita yang masih kecil pengorbanannya terhadap negara yang kita cintai ini. Sama-samalah kita teruskan perjuangan bangsa melayu ini untuk agama, bangsa dan negara.

LABBAIK KALLAH HUM MALABAIK, LABAIKALA SYARIKALA-KALA BAIK, INNAL HAMDA WANIKMATA LAKAWAL MUL LA SYARIKALA.....