Sunday, April 27, 2008

WARISAN PUSAKA BANGSA...

Sahabat...hari ini gagahnya anak bangsa kerana kehebatan orang terdahulu yang menghadiahkan satu pusaka cukup bernilai kepada kita. Tiada Kemerdekaan tak mungkin dapat kita kecapi segala kejayaan yang kita genggam bersama. Biarpun kejayaan individu yang dilakar atas usaha sendiri mahupun kejayaan kumpulan-kumpulan tertentu. Tanpa satu kebebasan yang mutlak sudah pasti apa yang ingin dilaksanakan mendapat tentangan yang amat memeritkan.

Percayalah, hari ini sebagai anak bangsa melayu yang hidup di bumi bertuah Malaysia ini kita harus berani untuk terus menjulang warisan pusaka bangsa. Biar ditentang apa jua jangan sesekali kita berpatah, ingatlah jangan kerana kita disergah kita terus melatah. Orang sekeliling ingin melihat dimana letaknya jati diri anak melayu. Apakah kita ingin ditertawakan oleh orang lain yang sememangnya ingin melihat kita melatah bila disergah.

Bangkitlah bangsaku...genggam terus warisan pusaka itu. Katakan pada mereka ianya dijulang bukan untuk mencetuskan bencana tetapi ianya sebagai pembakar semangat kepada anak bangsa kita kerana dulukala itulah yang digunakan oleh nenek moyang kita dalam memperkasakan bangsa tetapi hari ini segala apa yang ada bukan bererti membuatkan kita lupa pada asal usul kehebatan bangsa.

Jika nak tahu sayap jentayu,
Terbang tinggi terjah angkasa,
Jika nak tahu keris melayu,
Dalam sarung lebih berbisa....

6 comments:

qalamberbisa said...

salam,

Warisan

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

aku memang akan menjadi penyambung warisan sebab aku memang sayangkan tanah air ku ini. Tanah ini tanah untuk orang2 melayu tetapi banyak mana melayu yang sedar? banyak mana melayu yang setia? banyak mana melayu yang mahu bangsanya dijulang? banyak mana? yang banyak hanya mahu melihat bangsa sendiri ditindas..diperlekeh dan diperkotak katikkan..itukah dia Penyambung Warisan dalam erti kata yang sebenar2nya??

renung2kan bersama
-adios amigos-

my-fikirr menulis said...

Assalamualaikum sahabat ku,

Seperti biasa, sejak saya kenal sahabat saya ini, api semangat perjuangan Melayunya sentiasa membara.

Tahniah sahabat. Ketika beberapa orang di klgn generasi muda terumbang-ambing pegangannya, Sdri masih kekal utuh. Tak terjejas.

Teruskan berjuang. Sdri dan keluarga Sdri memang dikenali antara yang kental semangat juangnya.

p/s: tapi bahasa dlm blog tak payahlah terlalu berbunga kot. Pening nak baca. ( gurau aje )

Wan Salwati Hj Abdullah said...

qalamberbisa...

Terima kasih atas kesuudian saudari melayari blog saya.
Kesedaran kepada individu melayu itu adalah lahir dari dirinya yang sedar dia adalah melayu yang harus tahu kepayahan nenek moyangnya memerdekakan tanah melayu ini dulu.

Harap saudari dapat perbetulkan lirik lagu warisan ini...

Terima kasih...

Wan Salwati Hj Abdullah said...

Sahabatku My-fikirr...

Terima kasih atas kata-kata semangat yang diberi.

Kata-kata dan dorongan yang diberi akan terus saya ingat dalam perjuangan ini.

rusilawati mohd deli said...

Berbanggalah kita menjadi anak melayu kerana tiada siapa yang boleh mempertikaikan hak keistimewaan orang melayu cuma sejak kebelakangan ini orang melayu alpa dan leka, asyik menuding jari sesama mereka. Sesungguhnya perjuangan kita takkan selesai selagi bangsa kita masih di tahap begini.Teruskan berjuang adikku.

DUKUN said...

tahniah..semoga Sikamat dalam pegangan BN..Best of luck..HUJAN, PANAS, RIBUT...redah sahajademi agama bangsa dan tanah air...