Sunday, February 15, 2009

Daulat dan Derhaka

Gambar dari Utusan


Salam...

Pada tika kita bertingkah kata dan makna "daulat / derhaka", saya terpanggil untuk kita semua kembali sebentar pada "perjanjian waadat" yang sedia terlafaz sekian lama.

Sebuah perjanjian yang secara simboliknya bersuara bukan sahaja pada sebuah karya sastera sejarah, tetapi raungnya meningkah kepada konsep pembinaan dan usaha pengukuhan sebuah negara.

Apa yang berlaku tika ini adalah satu usaha untuk melonggarkan ikatan rakyat dan raja yang utuh setelah sekian lama. Usaha yang memungkinkan terleraikan sebuah persefahaman yang jadi ramuan kepada keharmonian kita hari ini.

Kewajaran yang ada pada masa ini ialah menginsafi adakah yang sedang dilaksanakan oleh pembangkang itu membawa kepada ruang keharmonian yang lebih tuntas? Jika ia merosakan, perlu apa kita ikuti...


"Maka sembah Demang Lebar Daun. 'Adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah Duli Yang Dipertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli Tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadhihatkan, dinista dengan kata kata yang jahat; jikalau besar dosanya dibunuh, itupun jikalau berlaku pada hukum Syarak.'

Maka titah Sang Sapurba, 'Akan pinta bapa itu hamba kabulkanlah, tetapi hamba minta satu janji pada bapa hamba. 'Maka sembah Dernang Lebar Daun, 'Janji yang mana itu, Tuanku?' Maka titah Sang Sapurba, 'Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan durhaka pada anak cucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun.'

Maka sembah Demang Lebar Daun, 'Baiklah, Tuanku. Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun rnengubahkanlah’ Maka titah Sang Sapurba, 'Baiklah, kabullah hamba akan waadat itu.'

Maka baginda pun bersumpah-sumpahan barang siapa mengubah perjanjian itu dibalikkan Allah bumbungannya ke bawah, kaki tiangnya ke atas. Itulah sebabnya dianugerahkan Allah subhanahu wataala pada segala raja-raja Melayu, tiada pernah memberi aib pada segala hamba Melayu; jikalau sebagaimana sekalipun besar dosanya, tiada diikat dan digantung dan difadhihatkan dengan kata-kata yang jahat.

Jikalau ada seorang raja memberi aib scorang hamba Melayu, alamat negerinya akan binasa. Syahdan, segala anak Melayu pun dianugerahkan Allah subhanahu wataala tiada pernah durhaka dan memalingkan muka pada rajanya, jikalau jahat pekerti sekalipun serta aniaya."


Sulatus Salatin

1 comment:

syirfan said...

Salam...

Huraian yang tepat pada masa yang sesuai. Teruskan berjuang...