Tuesday, March 17, 2009

Lembaga Disiplin UMNO telah bersuara...

Lembaga Disiplin UMNO telah bersuara!

Terimalah keputusannya. Ini masa untuk berjuang untuk rakyat dan dalam masa yang sama berjuang untuk membetulkan 'kesilapan' dan 'silap langkah' kita selama ini.

Tidak perlu kita nafikan. Kita sebagai tunjang kepada perjuangan parti dan kita harus menginsafi semua lompong yang terbina selama ini harus ditutup semula. Ini sahaja tindakan yang wajar untuk memastikan perjuangan ini masih nampak relevan pada rakyat.

Rakyat melihat dan dalam masa yang sama menilai. Kita tidak boleh kalah jika kita fikirkan perjuangan ini untuk bangsa. Jika kita tewas sekali lagi, bangsa kita akan diinjak dan dipijak. Adakah itu yang kita mahu?

Keputusan Lembaga Disiplin UMNO adalah jelas. Tiada tempat untuk mereka yang berjuang dengan cara yang salah.

Ramai yang tersenyum suka tak kurang yang senyum sinis. Senyumlah. UMNO sedang menyusun langkahnya - dengan lebih jujur!

Biarlah bersusah pada masa ini. Asal anak cucu kita tidak menyumpah pada tika badan kita sudah lumat bersatu dengan tanah. "Ini salah nenek moyang kita. Jika mereka berjuang dan berkorban sepenuh hati, bangsa kita tidak akan dihina sepanjang sejarah!"

Lupakan apa yang berlaku dan siapa yang terkorban. Kesilapan harus dinsafi. Pandang ke depan. Banyak lagi tugas yang sedia menanti!

2 comments:

Lanneyja said...

sy sokong anda....biar pihak di seberang sinun tahu yang perjuangan UMNO ini telus dan tidak pilih BULU.....tak kira siape ..menteri ker...atau sbg nyer...dgn tindakan yg begitu drastik ini akan membuka mata semua ahli bahawa dlm hal politik wang ini tiada kompromi...

Wan Salwati Hj Abdullah said...

Perjuangan yang kental harus dilalui dengan tabah bersama liku-liku yang mematangkan kita sbg pemimpin.