Sunday, April 5, 2009

SALAM BUKIT GANTANG......

Salam,
Hai kawan-kawan, setelah kita berkampung di PWTC pada 24-28 Mac 2009 kini kita meneruskan lagi tugas bagi menghadapi PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Walaupun ianya merupakan tugasan yang telah biasa kita laksanakan tetapi bagi saya yang telah diberi kepercayaan dan sokongan dalam menerajui barisan kepimpinan ahli jawatankuasa Puteri UMNO Malaysia merasakan bahawa ianya satu permulaan yang dilihat dalam saya melaksanakan amanah diperingkat Pusat, kini saya sedang melaksanakan tugas bersama adik-adik puteri di Bukit Gantang.
3 April 2009 merupakan satu tarikh yang bersejarah pada tanah air kita dimana Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 telah dinobatkan kepada pemimpin yang kita kasihi YAB Dato' Sri Mohd Najib b. Tun Abdul Razak. Satu peralihan kuasa yang sangat cantik yang ditunjukkan oleh pemimpin kita. Kini sudah pasti satu gaya kerja yang lebih efisien harus ditonjolkan oleh kita semua apatah lagi pemimpin wanita melayu muda yang berada di bawah kepimpinan YAB PM yang baru. Kita tidak pernah melupakan jasa pemimpin-pemimpin yang terdahulu apatah lagi kepada mantan PM Pak Lah yang kita kasihi. Terima kasih ayahanda-ayahanda yang telah mencurahkan segala keringat dan tunjuk ajar kepada kami, anak-anak bangsa pemimpin wanita melayu muda.
Untuk semua ahli-ahli puteri sama ada diperingkat Cawangan, Bahagian mahupun Pusat kita harus mengembeleng tenaga bersatu padu bagi memastikan segala agenda perjuangan yang ingin kita laksanakan benar-benar kita kecapi kegemilangannya. Pandangan dan teguran dari generasi muda khususnya ahli-ahli puteri amat penting bagi memastikan Pergerakan Puteri UMNO menjadi gelanggang perjuangan wanita melayu muda yang berwawasan.
Salam perjuangan untuk semua...sama-sama kita doakan Barisan Nasional berjaya menawan ketiga-tiga kawasan PRK pada 7 April ini.
Puteri tak gentar cabaran mendatang....ayuh puteri kita GEGAR manusia petualang....

No comments: