Wednesday, May 21, 2008

SAYANGKAN PARTI BUKAN KERANA INDIVIDU....

Tindakan Tun Dr.Mahathir Mohamad keluar dari Parti UMNO bukanlah satu tindakan yang bijak, keputusan yang di ambil itu sudah pasti akan lebih mengeruhkan situasi yang ada. Seharusnya Tun seorang pemimpin yang disegani apatah lagi pemimpin hebat bertaraf dunia tidak seharusnya mengambil tindakan demikian. Beliau juga mengajak seramai mungkin orang UMNO untuk keluar dari parti ini dan masuk semula jika YAB Pak Lah meletakkan jawatan. Adakah ini dikatakan meyatukan bangsa melayu?

Adakah perjuangan hari ini kerana kita sayangkan pada individu tetapi bukan perjuangan kepada parti dan bangsa? Amat menyedihkan di waktu kepimpinan Tun, beliau meminta kita menghormati dan taat kepada pemimpin yang ada tetapi hari ini kenapa begini pula. Jika benar YAB Pak Lah melakukan kesilapan kenapa hingga Tun perlu keluar dari UMNO? Tidak ada manusia yang tidak buat silap. Bukankah penyelesaian yang terbaik didalam perjuangan adalah musyawarah iaitu perbincangan.

Selaku pemimpin muda hari ini tidak seharusnya merasa keliru untuk memilih mana yang benar. Kita harus bijak melihat dan menilai. Hari ini kita telah mengecapi segala keselesaan dan kenikmatan yang diberi hasil dari perjuangan UMNO. Jangan marahkan nyamuk kelambu nak dibakar. Marilah kita bersatu dalam memperkukuhkan bangsa melayu demi untuk mempastikan kekuasaan melayu terus gah di tanahair ini. Janganlah hingga suatu ketika nanti kubur kita akan dikencing oleh anak cucu kita akibat dari perpecahan bangsa apatah lagi mereka terpaksa merempat di tanahair sendiri. Kita berbalah sesama kita mereka yang diluar gelak ketawa menanti kita sebagai mangsanya. Apakah kita telah bersedia untuk hilang kuasa yang ada ???

11 comments:

my-fikirr menulis said...

Assalamualaikum Sis,

Ikhlas saya berpendapat, tak perlulah kita kritik keputusan Tun M. Itu hak beliau. Secara mutlak.

Hak kita? Terpulang kpd kita, Sis. Sebagaimana kita mengharap org menghormati hak kita, maka kita mesti dahulu menghormati hak org.

Apatah lagi, kita berbicara mengenai keputusan sesorg yg terbukti jasanya kpd negara. Dibandingkan dgn kita, siapalah kita ini Sis.

Cuma, beberapa persoalan saya lontarkan kpd Sis utk dijawab secara ilmiah :

1) Tajuk posting Sis itu boleh tak kita ajukan kpd semua org termasuk di peringkat kepimpinan?

2) Kita mengkritik keputusannya, tapi ada tak kita terfikir mengkaji alasannya?

3) Saya setuju dgn kaedah musyawarah, cuma tertanya2 knp tak dibuat sebelum ini?

4) Saya setuju pemimpin muda kena semakin bijak. Tidakkah Sis terfikir, mereka mmg telah semakin bijak?

Sori Sis. Saya suka bermusyawarah dgn Sis saya yg bersemangat kental ini.

Sekian dulu Sis....

qalamberbisa said...

salam,

aku memang terperanjat dengar isu Tun ni..terduduk jugak lah dibuatnya..apatah lagi ketika saat2 kita cuba memulihkan kembali semangat orang2 Melayu khususnya orang2 UMNO..tapi sayang adakalanya keputusan yang dibuat tidak berlandaskan pemikiran yang tajam..tapi mungkin Tun ada alasan yang tersendiri..kot la kan..kan..

cuma aku mahu kalau boleh generasi muda khususnya puteri takdelah cepat melatah dan tergesa2 dlm membuat keputusan walhal memang aku tahu memang ramai dikalangan puteri ni yang suka melatah..tak tau lah memang resmi badan atau mengada2...

entahla apa nak jadi lepas ni aku pun tak tahu...tapi yang aku tahu makin lama UMNO makin runcing..macam buluh daaa..

renung2kan bersama
-adios amigos-

my-fikirr menulis said...

Saya setuju sangat dgn saranan qalamberbisa agar generasi muda khususnya Puteri tidak melatah dalam isu ini.

Bahkan, kita kena cari jalan bagaimana nak memahamkan golongan muda bahawa pergolakan ini akan diatasi dgn baik. Kalau tidak, Umno akan berhadapan satu lagi krisis iaitu krisis semakin hilang kepercayaan terhadap Umno di klgn gen muda.

Sebabnya?

Keputusan Tun M tidak memberi impak besar di klgn kepimpinan atasan. Apatah lagi, mereka 'terikat' dgn jawatan masing-masing. Tambahan pula 'upacara' taat setia dah dilangsungkan baru-baru ini.

Tetapi, bagi golongan gen muda, mereka akan lebih mudah terpengaruh dek sentimen 'Hang Jebat' yg biasanya tersemat di klgn gen muda.

Kena fikir betul2 wahai kepimpinan.
Jgn menang jawatan, tapi kalah sokongan.

qalamberbisa said...

salam,

saudara my-fikirr,

trimas kerana bersetuju dgn pendapat saya yang tak seberapa ini..Cuma saya berpendapat dalam menghadapi situasi yang sebegini kita kena tenang dan berfikir dengan lebih jelas dan teratur..

saya sempat membaca komentar mereka2 di dlm blog chedet memang banyak sekali..ada yang pro dan biasalah yang kontra..cuma kalau boleh membaca dengan emosi yang terkawal..

hang jebat? hurm..teringatkan dialog hang jebat dalam filem Hang Tuah..'tuah yang taat setia dikatakan derhaka kepada sultan, tapi jebat..jebatlah yang akan menderhaka..raja adil raja disembah..raja zalim raja disanggah..' dan akhirnya tuah berkata 'aku kah yang benar atau jebatkah yang benar??

hari ini generasi muda mcm aku jika tersilap langkah maka mereka akan terus terlena dalam lena yang amat panjang sekali...

aku tak mahu jadi hang jebat atau hang tuah yang taat membuta tuli..kalau boleh aku mahu jadi tun fatimah..hahaha

renung2kan bersama
-adios amigos-

my-fikirr menulis said...

Satu cadangan yg menarik. Apa salahnya nak jadi spt Tun Fatimah.

Beliau juga kalau mengikut sejarah, berkeperibadian yg baik, bersemangat kental.

Mungkin anda boleh mula mewarisi sifatnya itu.

Maka, selepas ini, saya akan mengenali anda sbg Tun F-qalamberbisa. Boleh?

qalamberbisa said...

salam,

boleh juga sahabatku di alam maya..apa pun gelaran ku terima kerana niatku untuk memperkukuhkan semula kekuatan Parti dan mengembalikan rasa kepercayaan orang Melayu khususnya generasi muda pada UMNO kerana pada mereka UMNO telah mula hilang arah perjuangan untuk membantu rakyat khususnya orang Melayu..yang nyata kebanyakan dikalangan pemimpin atasan perjuangan mereka hanyalah perjuangan bersifatkan pribadi...

aku tak mahu nanti generasi2 yang tinggal akan merintih mengadu nasib di bumi sendiri..!!

renung2kan bersama
-adios amigos-

Wan Salwati Hj Abdullah said...

Salam...

Sahabatku My-Fikirr...

Saya tidak menyangkal kita harus mengormati hak orang lain dahulu sebelum kita sendiri dihormati tetapi di dalam perjuangan adakalanya perkara ini harus kita ketepikan demi untuk kebaikan bersama. Saya tidak menafikan Tun seorang yang memang terbukti jasanya tetapi tidak seharusnya Tun memikirkan tindakan yang demikian rupa apatah lagi tindakan beliau ini membuatkan segelintir golongan muda rasa keliru terhadap kepimpinan yang ada hari ini.

Segala persoalan yang sahabat lontarkan pada saya sememangnya antara perbualan saya bersama rakan-rakan. Tiada salahnya tajuk itu kita ajukan kepada semua demi kasih dan sayangnya kita pada perjuangan bangsa. Kritikan yang saya berikan adalah membuktikan saya sayang kepada beliau yang merupakan bapa di zaman kelahiran Puteri. Kita akui Tun mengharapkan sesuatu yang lebih baik tetapi masih ada tindakan yang lain boleh di ambil.

Saya percaya pemimpin muda semakin bijak kerana meyakini golongan ini semakin bijaklah diharapkan mereka tidak silap dalam menentukan keutuhan bangsa melayu ini.

Sahabatku...pejuang bangsa

T.Kasih

Wan Salwati Hj Abdullah said...

Sdri Qalamberbisa...

Sama-samalah kita berdoa agar segala kemelut yang wujud hari ini akan segera redha. Semoga ada sinar lebih akan lahir untuk UMNO.

Do'a dan harapan agar semua sahabat-sahabat kita dapat meniti perjuangan ini dengan berfikiran lebih matang dan tidak mudah melatah..

Semoga bertemu lagi.

my-fikirr menulis said...

Assalamualaikum Sis,

Wpun jawapan tidak sepenuhnya terarah kpd menjawab persoalan, tetapi saya berpuashati dgn satu perkara iaitu sifat keterbukaan Sis dalam memberi jawapan. Sifat diwarisi, mungkin.

Apapun, tahniah. Didoakan berjaya dgn perjuangan Sis.

Jumpa lagi Sis.

Pink Ants said...

salam..
tahniah kerana tulisan yang mengandungi pandangan bernas. Mmg benar sgt,sayangkan parti bukan kerana individu tertentu.Kita jadi ahli parti kerana percaya kepada perjuangan yang didokong.UMNO bukan milik mana-mana individu tertentu...sedangkan Dato Onn Jaafar sendiri terpaksa mengakui hakikat ini.

Teruskan perjuangan...Puteri tidak boleh kehilangan pemimpin yang baik seperti anda.

Wan Salwati Hj Abdullah said...

Salam...

Pink Ants... terima kasih atas semangat yang diberikan.

Saya juga amat meyakini perjuangan Pink Ants pasti akan terus menyinar demi untuk kehebatan dan keutuhan bangsa.

Salam Perjuangan...