Wednesday, December 2, 2009

Program Penghayatan Ibadah Korban 2009

Salam Srikandi dan Salam 1 Malaysia buat semua..

Allah SWT berfirman dalam Surah Al Maidah :118 mathumnya " Maka makanlah binatang-binatang yang halal,yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya"

Dalam Surah Al Khauthar : 2 , Allah SWT berfirman " Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah"

Sabda Rasullullah SAW " Barangsiapa yang menyembelih korban sebelum Solat Aidil Adha maka sesungguhnya ia menyembelih untuk dirinya dan barangsiapa yang menyembelih korban sesudah solat dan dua khutbah,sesungguhnya ia telah menyempurnakan ibadahnya dan telah menjalani aturan (sunat) orang Islam ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kesemua di atas adalah nas tentang anjuran agama kita mengenai ibadah korban sebagai ibadah sunat serta pelengkap kepada ibadah solat Aidil Adha.

Apabila bercakap tentang Ibadah Korban, masyarakat kita dewasa ini lazimnya memikirkan berapa harga satu bahagian atau berapa harga seekor lembu atau kambing untuk dikorbankan. Apabila harganya telah dibayar dan niat diwakilkan kepada imam maka kita memikirkan bahawa ibadah tersebut telah selesai dilaksanakan. Kita sepatutnya bersyukur kerana masih ada insan yang berpengalaman yang dapat membantu kita menyempurnakan ibadah kita. Namun fikirkanlah apabila roda tanggungjawab tersebut berpusing kepada kita, adakah kita bersedia untuk memikul tanggungjawab ini? Dapatkah kita pula membantu generasi yang lebih muda untuk menyempurnakan ibadah korban ?

Atas kesedaran kepentingan Fardhu Kifayah ini , Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSNS) bersama Gerakan Belia 4B Kg Bahagia Jiboi , Ampangan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Islam N.Sembilan (JHEINS) telah menganjurkan Bengkel Penyembelihan sempena Program Penghayatan Ibadah Korban 2009. Program yang disertai oleh seramai 78 orang peserta ini telah dilaksanakan di Pusat Dakwah Islamiah di Paroi dan telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Tuan Baharuddin Jali.


Melalui program dan bengkel ini peserta yang terdiri dari kalangan belia telah di dedahkan dengan anjuran Ibadah Korban dalam Islam serta teknik penyembelihan yang betul. Diakhir bengkel ini peserta diberi latihan praktikal kaedah menyembelih ayam yang betul dan juga telah diberikan Sijil Kursus Penyembelihan yang diiktiraf oleh JHEINS.



Bersama peserta menjalani praktikal penyembelihan ayam


Bergambar kenangan bersama peserta diakhir bengkel

Adalah harapan saya, juga pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan agar program seumpama ini dapat melengkapkan lagi diri serta ketaqwaan peserta / golongan belia kepada Allah SWT. Pesanan ayahanda masih jelas dalam ingatan " Apa yang menyebabkan sesuatu dinding konkrit itu kukuh? Adakah disebabkan simennya? Adakah disebabkan pasirnya atau disebabkan batunya? Jika tiada air yang melengkapkan, semuanya tiada akan berguna". Fikir-fikirkanlah.

Akhir kalam Salam Srikandi dan Salam 1 Malaysia buat semua...walau di mana jua anda berada..

3 comments:

Anonymous said...

salam kak. wan apa kabar ....?
ni saya nak tanya sikit sebagai belia dan penyelaras belia kenapa saya x dapat informasi program yang di adakan seprti kurus penyembelihan dan lain2 hanya belia dari ampangan sahja yg selalu bersama ada2 apa ker ....

Wan Salwati Hj Abdullah said...

Hai... Prgrm ni dah di mklmkn kpd umum. Dlm radio pun diwar-warkn. Banner pun ada utk mklmn ramai. Pnyrtaan hari tu bkn saja Dari Ampangan Dari tmpt2 lain pun Ada.

norhayati said...

pegang ayam pon hujung jari..ada hati nak tayang picture sembelihan konon..

anyway.. sebagai salah seorg 'org atasan' di belia 4B, i would suggest you to improve yourself personnally before you attempt any further leadership responsibilities. no wonder B4B going towards downfall.
having more leaders such as you would be very disgraceful and shameful to admit..
but still, what can we do..
when politicing and cronism still plays major role in our society.
good luck escaping from BPR...muahahhahaha