Monday, November 30, 2009

Berdoa untuk kehancuran?


Salam SriKandi dan Salam 1 Malaysia untuk semua.

Nampaknya Nik Aziz tak henti-henti nak timbulkan kontroversi. Dalam suasana umat Islam sedang menyambut kedatangan Aidil Adha, Nik Aziz berdoa agar masa depan UMNO dan pemimpinnya hancur.

Dalam ertikata lain individu yang digelar Tok Guru ini mengharapkan serta mendoakan agar orang Melayu dan wadah perjuangan orang Melayu di negara ini HANCUR!

Pernah terbaca tentang Sirah Nabawiyah, ketika Rasullullah amat dan sangat marah kepada orang Jahiliah di mana setiap solat Isyak baginda berqunud memohon dari Allah kehancuran kepada orang Jahiliah sehinggakan Allah SWT berfirman bahawa memasukkan orang ke neraka dan menghancurkan sesuatu kaum itu adalah urusan Ku.Dari kisah ini dapat kita lihat bahawa Allah SWT sendiri melarang mana-mana umat Islam dari berdoa untuk menghancurkan sesiapa termasuklah orang kafir walaupun doa itu datangnya dari Rasullullah sendiri.

Kini Nik Aziz yang bukan nabi, yang bukan maksum hendak berdoa untuk kehancuran orang yang mengucap dua kalimah shahadah dan organisasi yang memperjuangkan Islam.

Sebenarnya Pemimpin dan pengikut PAS ini sudah keterlaluan. Buat perkara -perkara bidaah dan keterlaluan seperti Baiah ceraikan isteri, membaca qunud pada waktu subuh menghentam pemimpin UMNO dan BN (berlaku di DUN Bagan Pinang sewaktu subuh hari penamaan calon). Semuanya di labelkan sebagai membawa perjuangan Islam.

Islam itu mudah dan suci dari membawa ke arah kehancuran. Mengapa PAS serta pemimpinnya menggunakan agama demi untuk kepentingan mereka.?Mengapa mereka mahu orang Islam yang tidak mengikut mereka hancur?Fikir-fikirkan lah


Akhir kalam Salam Srikandi dan Salam 1 Malaysia buat semua....dimana sahaja anda berada.

1 comment:

Anonymous said...

Betul ke dia berdoa macam tu. Setinggi mana ilmu ugama kita.. untuk becakap demi kian Ramai rakyat kelantan mendoa kan beliau... Ada yang alim tapi tidak terpelajar . Ada yang terpelajar tapi tidak alim. walaupun dia mendoakan yg membinasakan untuk org islam yang durjana. Macam kita mendoakan pencerobohan sulu. Hanya yang tidak berpaksikan ugama aja yang terkena. Kalau baca sejarah tamadun islam setiap kerajaan mesti merujuk agama islam. Politik islam . Pas mungkin tidak sebaik bn tetapi adakan puan lebih baik daripada nik aziz. Atau pengetahuan ugama puan lebih tinggi dari pada beliau