Monday, November 9, 2009

Mengapa Sang Isteri yang perlu jadi mangsa.......

Salam SriKandi dan Salam 1 Malaysia buat semua.

Tersentak serta terkejut mendengar pendedahan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman tentang calon pilihanraya PAS perlu membaca Bai'ah taat setia serta bertalkik talaq 3 terhadap isteri sekiranya wakil rakyat tersebut melompat parti.

Tatkala pandangan umum yang merasakan bahawa Bai'ah ini menganiayai sang isteri,beberapa ahli Dewan Muslimat PAS tampil mempertahankan amalan bai'ah tersebut. Ketua Dewan Muslimat PAS ,Nuridah Mohd Salleh mengatakan " Kami sangat setuju dengan amalan Bai'ah ini"....bagaimana mereka kasihkan isteri ,begitu juga mereka perlu kasihkan parti".

Beberapa persoalan timbul. Adakah PAS dilihat sebagai takut dengan bayang-bayang sendiri, takut ahlinya atau pemimpinnya tidak lagi mempercayai perjuangan PAS? Adakah perjuangan parti hendak dikaitkan dengan hubungan kasih suami isteri? Adakah ini cara PAS mahu mengugut mereka yang tidak lagi mempercayai perjuangan PAS, JIKA LOMPAT PARTI, KELUARGA AKAN HANCUR!

Bukankah PAS berkata mereka perjuangkan Islam? Adakah Islam membenarkan ikatan suami isteri hancur semata-mata kerana peralihan atau pemikiran politik pemimpinnya?

Yang paling menyedihkan mengapa perlu sang isteri yang menjadi mangsa?

Kita selaku manusia yang dikurniakan aqal oleh Allah SWT perlu memikirkan perkara ini. Di satu pihak menyeru kepada perpaduan dan kebaikan serta kesejahteraan tapi di satu pihak lagi membawa kepada kehancuran dan kemusnahan.Dua sudut yang berbeza walaupun keduanya melaung untuk mempertahankan agama ISLAM. Fikir-fikirkanlah!

Akhir kalam, salam SriKandi dan Salam 1 Malaysia untuk semua...di mana sahaja anda mungkin berada

3 comments:

Anonymous said...

Gilo orang PAS ni!

kerismuda said...

Kata Nik Aziz " Bai'ah sengaja digembar-gembur pihak anti Islam""Saya sendiri tidak tahu bagaimana adanya bai'ah menceraikan isteri dengan talak tiga.Mereka ini sengaja mengadakan cerita dan mereka ini golongan anti Islam"(Sinar Harian 10-11-2009 ms N6)

Oleh itu Bai'ah ini ciptaan siapa? Adakah Mohd Khairuddin Othman sengaja nak buat cerita. Adakah Nuridah Mohd Salleh mempertahankan benda yang tidak ada? Lawak PAS ni, sendiri punye hal pun tak tahu. bukan ahli biasa yang tak tahu. Dia punya Murshidul Am pun tak tahu. Entah apa lagi yang Nik Aziz tak tahu dalam PAS? Macamana le dia memimpin Kelantan selama ini?

tok guri said...

nipu ajelah tok guru kelate ni. dah nyanyuk kut.